Monday, July 20, 2009

Isnin 20/7/09

Teringat kat Kak Ani. Macam mana keadaannya sekarang.
Ini gambar Kak Ani semasa Hari Merentas Desa SMKPB pada tahun 2006. Sentiasa ceria tapi sekarang ....... tuhan saja yang tahu keadaannya. Moga kak Ani tabah menghadapinya.

Hari ini ujian 3 bermula. Sebelah petang pula diadakan Mesyuarat Guru. Banyak perkara yang dibincangkan. Esok pula, ujian Kertas matematik akan berlangsung. Moga anak2 didik dapat menjawab soalan dengan baik. Esok juga, saya akan ke SMK Sungai Baging untuk Program Kembara Ilmu Matematik PMR. Membantu pihak sekolah untuk pelajar2 potensi. Program ini merupakan program dari JKKD Matematik Menengah rendah daerah Kuantan. Sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan % lulus matematik PMR untuk tahun 2009. InsyaAllah...

Saturday, July 18, 2009

......kakak

Waktu pertama hari jumaat lepas ada kat kelas 3 KAA. Kak Pah Hanim tanya nak ikut gi hospital tak. Tanya kak Pah nak ziarah siapa? Kak Ani Jalil. terkejut sebab rasanya kak Ani dah pergi ke sekolah mulakan tugas dan dah menghadiri mesyuarat di KL. Terus sutuju nak pergi. Lepas sekolah terus ke hospital bersama kawan2, terkejut rasanya melihat keadaan kak Ani. Bagaimana Kak Ani menanggungnya. Kak Ani nampak gembira dengan kehadiran kami. namun jauh disudut hati tak siapa yang tahu. Namun yang penting kedatangan kami sedikit sebanyak dapat menggembirakan kak ani. Semoga Allah tabahkan hati Kak Ani untuk menghadapi dugaan yang sangat besar ini. Adik mengharapkan kak ani cepat sembuh sepenuhnya. Itulah antara doaku setiap selepas solat dan setiap waktu....
Saya sayang kak Ani.

Monday, July 13, 2009

Terima kasih

Terima kasih kepada Kak Pah Radziah kerana sudi belanja makan hari ini.
Pergi bersama2 kak Mariana, Mastura dan kak Pah.
Jalilah datang dari rumahnya.
Best sebab makan kat Shahzan Inn.
Makan jangan tak makan....
Lain kali kak Pah boleh belanja lagi ye...

Makan mee goreng mamak, mee kari, wantan goreng, sandwich,
ais kacang dan banana split.
Semuanya sedap..... sehingga menjilat sudu.

Tuesday, June 23, 2009

Bertemu & berpisah

Hari Isnin 22 Jun 2009, Bidang Sains dan Matematik sekolahku telah mengadakan satu majlis untuk meraikan Pn Hjh Zainab - yg telah bersara, Pn Halimah -yg akan bercuti dan mengikut suami ke Qatar dan Cik Nur Aqilah - yg akan menyambung pelajaran di UPSI.

Majlis tersebut telah diadakan di Shahzan Inn.

Ucapan oleh Pn Hjh Zainab. Apa rahsia kelihatan muda sentiasa?

Ucapan oleh Pn Halimah. Semoga berbahagia sentiasa... Mesti seronok pergi ke negeri orang. jangan lupa kita kat sini udahlah..

Ucapan oleh Cik Nur Aqilah. (Anak muridku) Semoga berjaya mencapai cita2 nak jadi cikgu. Belajar rajin2 ye..


Bergambar bersama Pn Haniliza. mantan KB Sn&Mat- skrg GPK 1, SMK Bkt Rangin

Antara rakan-rakan yang hadir


Sebelum balik bergambar beramai-ramai. Posing sakan ...... kelihatannya semua baru berusia 17 tahun (eh...eh...eh.......perasan lebih...)

Terima kasih juga untuk Kak Mariana, kak Pah Radziah, Junaidah dan kak Haniliza kerana sudi memeriahkan lagi majlis disamping member2 sains & matematik yg sentiasa sporting terutamanya untuk Ketua Bidang - kak Eda.

Harapan agar semua ahli Bidang sains dan matematik akan sentiasa bekerjasama untuk memastikan kejayaan anak didik kita.
Amin

Monday, June 22, 2009

JASAMU DIKENANG

20 Jun 2009 yang lepas, saya bersama Kak Ani, Mala, Kak Nah & Kak Siti ke HQ Pandu Puteri,Kuala Lumpur kerana menghadiri jamuan Hi-Tea "Jasamu Dikenang" sempena meraikan
YABhg. Tun Jeanne Abdullah, mantan Yang Di Pertua,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(2007 - 2009)


Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Di samping itu saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang lain yang hadir bersama pada hari itu. Letih sebab balik hari tapi hati seronok dan gembira...

Keberangkatan tiba Kebawah Duli yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,
Timbalan Yang Di Pertua, PPPM



Turut hadir YABhg Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor,
Yang Di Pertua, PPPM


Meja untuk Pahang. wakil dari Pahang yang hadir cuma 6 orang.
Ajak Kak Zaiton bersama anaknya join sekali.


Wakil dari Pahang. Kak Ani je yang tiada kat situ

Bersama thammy
Bergambar bersama-sama rakan2 yang lain
antara makanan yang dihidangkan

Thursday, June 18, 2009

Ho Chi Minh, Vietnam....

Pada 9 Jun hingga 13 Jun yang lepas, saya
bersama-sama 6 orang teman yang lain telah
pergi bercuti ke Ho chi Minh, Vietnam

Nak cerita ape ye... tengok gambar ajelah...
Tak tahu nak tulis ape
tapi yang pastinya
saya bersyukur
menjadi rakyat
MALAYSIA

Menunggu teksi untuk pergi ke hotel

Pusing - pusing bandar


Selamat tinggal Ho Chi Minh.
Ada rezeki boleh pergi shopping lagi.

Friday, May 22, 2009

senyum sokmo


9th ACWW Area Conference For SEA & FAR EAST
9 - 13 MAY 2009
Swiss Garden Resort & SPA Kuantan
"Women Worldwide The Voice Of Today"

Bertugas sebagai LO bagi peserta dari Indonesia.
banyak kenangan bersama-sama dengan ibu-ibu dari Jakarta dan Acheh
Banyak ragam & karenah
tetapi banyak pengalaman yang diperolehi
itu yang penting..
apabila teringat senyum ajelah....


Malam pertama pergi "Welcome Dinner di Istana Abdulaziz
Tema "Pink"
Seronoknya..................


Perasmian disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang.


Yang pasti anak-anak didikku berkesempatan membuat
persembahan semasa Perasmian.
Pasukan Pandu Puteri, SMK Paya Besar
telah diberi peluang untuk persembahan koir lagu negeri Pahang
Seronoknya mereka.....
Walaupun penat, namun kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka.


Yang lain-lain, biarlah gambar aje yang menceritakan.....





Antara cendaramata yang diperolehi..
Terima Kasih semua